Wednesday, 18 August 2010
Laksa Penang
LAKSA PENANG
Bahan-Bahan:
1 Peket laksa kering (Masak sampai lembut )
1/2 kg ikan kembung ( saya guna ikan tuna dalam tin )
6 biji bawang merah
1 batang bunga kantan (dibelah empat)
3-4 keping asam gelugur
1 sudu makan belacan yg telah dibakar/goreng tanpa minyak
4-5 sudu makan cili kering (buang biji) yg telah siap dimesin (boleh tambah kalau mahu pedas)
daun kesum
1/2 labu bawang besar (dihiris)
6 gelas air
Garam secukup rasa
Ulam
1 biji timun (dihiris)
sedikit daun salad (dihiris)/kubispun boleh
1/2 labu bawang besar (dihiris)
4 biji telur rebus
5 biji limau
cili besar/cili padi
Cara:
Rebus ikan dengan sedikit garam dan asam keping hingga masak. Buangkan tulangnya ikan. kisar isi ikan dengan belacan dan bawang merah hingga halus.Masukkan bahan kisar dlm periuk,asam keping dan cili kering tadi, masak hingga mendidih. Tambahkan air dan biarkan mendidih, masukkan bawang besar, bunga kantan, daun kesum dan garam. Biarkan mendidih selama 30 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas2 , letakkan ulam-ulaman.dah siap utk dimakan..
Labels:
Laksa,
mee dan pasta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.