Sunday, 21 December 2014

NASI LEMAK HIJAU

NASI LEMAK HIJAU.




NASI LEMAK HIJAU.

Resipi:

Untuk sambal:


4 biji bawang besar merah (dikisar)
8 ulas bawang putih (dikisar)
20 tangkai cili kering
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sekeping asam gelugur
Sedikit ikan bilis (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan-bahan (Nasi)

3 cawan beras basmati
4 cawan santan
3-4 hirisan halia
2-3 helai daun pandan
pewarna hijau(BLEND DAUN PANDAN OR PEWARNA)
Sedikit garam

Cara-cara

  1. Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Tumis selama 5-10 minit.
  3. Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat (30-60 minit).
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan santan,  garam, halia dan daun pandan yang disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. Boleh juga kalau nak guna rice cooker.
  6. Boleh dihidangkan dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun.

TART COOKIES

TART COOKIES.






Tart Buahan.

BLUEBERY TART COOKIES

BLUEBERY TART.






Bluebery Tart.

Resipi:

Bahannya:

3 cawan mentega
1 cawan gula
1 biji telur
1st vanila
1/4 tepung jagung
7 cawan tepung gandum.
pewarna purple
inti bluebery
sedikit coklat masakan putih untuk loret diatasnya.

Caranya:

Pukul mentega+gula+vanila hingga kembang
masukan telur pukul lagi.
masukan tepung dan uli hingga menjadi doh yng lembut.
masukan dlm acuan samperit tekan adunan secara terbalik diatas loyang kemudian isikan inti bluebery ..dan gulung ..bakar pada suhu 180c selama 20 minit.
setelah sejuk loretkan dengan coklat cair diatasnya.

MILK SAMPERIT COOKIES

BISKUT SAMPERIT SUSU.








SAMPERIT SUSU.

Resipi:

Bahannya:
 250gm buttercup
 susu pekat manis setengah tin 
 tepung jagung sbungkus (500g)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil vanila

Caranya:
 Pukul butter + susu pekat +kuning telur + vanila (if xde mixer gune je senduk kayu) 
 bila dh sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit.
 uli rata dan agakagak dah cantik doh tu, xperlu abiskan semua stok tepung tu, terap dengan acuan bunga dan  bakar dgn api 170c
 selama 15 to 20 minit.



Friday, 19 December 2014

KEK RED VELVET

KEK RED VELVET.



Salam.

Kek red velvet sempena birthday hubby.

Kek red velvet

Resipi:

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

KEK COKLAT MOIST

KEK COKLAT MOIST.







Salam.

kek sempena jamuan akhir tahun 6...walaupun simple tapi,Alhamdullilah berpuas hati.


Resipi kek coklat moist

Bahan2nya:

2 cawan tepung gandum(guna tepung naik sendiri) 
2 cawan gula halus 
3/4 serbuk koko
1/2 camt baking powder
1/2 camt soda bikarbonat 
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas 


 caranya:

gaul dan ayak tepung,koko,baking dan soda
kacau telur,susu minyak hingga kembang
masukkan bahan kacau kedlam tepung selang seli dengan air panas. 
kacau sebati, kemudian tuang adunan kedalam acuan 8" yang telah digris Bakar 
atau kukus selama sejam. 

Untuk topping:
 gunakan serbuk koko 1/2 cawan diayak terlebih dahulu.
masukkan sedikit butter dan susu pekat.
kacau diatas api hingga sebati dan pekat..sejukkan dan boleh laa dituang keatas kek ...



KEK COKLAT MOIST.

                   

Kek Coklat Moist
             
                               


Salam.
Jom belajar deco bunga ros guna buttercream.

KEK COKLAT MOIST.

Resipi:

 Bahan2nya: 
 2 cawan tepung gandum(guna tepung naik sendiri)
 2 cawan gula halus 
 3/4 serbuk koko 
 1/2 camt baking powder
 1/2 camt soda bikarbonat 
 2 biji telur 
 1/2 cawan susu pekat 
 1 cawan minyak jagung
 1 cawan air panas

caranya:
 gaul dan ayak tepung,koko,baking dan soda 
 kacau telur,susu minyak hingga kembang
 masukkan bahan kacau kedlam tepung selang seli dengan air panas.
 kacau sebati, kemudian tuang adunan kedalam acuan 8" yang telah digris.
 Bakar atau kukus selama sejam.
 Hiaskan ikut citarasa sendiri.




Selamat mencuba.

KEK COKLAT SPAN SEMPENA CUTI SEKOLAH





Kek Coklat Span.





Deco deco sempena cuti sekolah.

Resipi Buttercream:
( wilton resipi )