Wednesday, 26 December 2012

Coklat Cup Cake

Coklat Cup Cake





Coklat Cup Cake
(sumber My resipi)

  • 2 biji telur..
  • 2 cawan tepung gndum
  • 2 cawan gula caster (saya kurangkan 1 cawan)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cm/k serbuk penaik
  • 1 cm/k soda bkarbonat
  • 1 cm/k garam halus
  • 1 cawan susu segar (susu coklat pn bleh..strwberi ke..ikut lar ats kreativiti msg2)
  • 1 cawan minyak jagung..
  • 1 cawan air
  • 2 tsp esen vanila

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan2 kecuali minyak.
  2. pukul adunan selama 2 minit (sehingga sebati)
  3. kemudian masukkan minyak, pukul selama 2 minit.
  4. preheat oven..190 darjh celcius.. selama 10 minit
  5. masukkan adunan tadi kedalam cup.. 1/3 cup.
  6. bakar selama 18-20 minit.




Saturday, 29 September 2012

KEK LAPIS ASAM





KEK LAPIS

Bahan Bahanya

3 biji telur
3/4 cawan gula
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu 
pewarna yg disukai.
jem strawberry
asam hawfleks

Cara.

1.satukan telur, gula dan ovellete kemudian pukul sampai putih dan gebu.
2.Masukan minyak dan vanila pukul sedikit.
3.masukkan tepung dan kaup tebalikan.
4.Bahagikan kepada beberapa mangkut dan masukan pewarna yang disukai.
5.sapukan sedikit butter pada loyang dan masukan adunan dengan kadar yng sedikit dan ratakan kemudian bakar dengan kaedah grill api atas sahaja sampai keperangan.
6.angkat dan sapukan dengan sedikit jem dan asam hawfleks kemudian masukan pula adunan colour yng lain pula..ulangi proses yang sama sampai habis.


 




Wednesday, 12 September 2012

CHEESE TART







CHEESE TART




CHEESE TART

Sumber (masam manis Blog)

Sweet Pastry
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula 25 g mentega

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
25 g whipping kream ( ros gantikan dengan susu pekat manis)

Bahan D
20 g tepung gandum
Blueberry filling

Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit. ( ros buat tak sampai pun 10 minit, kiranya dalam 6 ke 8 minit je.

Nota :-
* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.






Thursday, 26 July 2012

Jelly Fruit Coktail + Sos Kastard



Ramadhan 6.

Jelly Fruit Coktail + Bersos Kastard.

Wednesday, 25 July 2012

Puding Roti

Assalamualaikum.


Ramadhan 5

Puding Roti
Sumber: (my Resipi)

1 paket agar-agar
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
3 keping roti
3 sudu gula (ikut selera individu)
2 sudu besar sunquick
Pewarna hijau
Pewarna merah
Sedikit esen vanila 
Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati.
Dgn menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan.
Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm loyang (tupperware pon boley).
Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau.
Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang.
Sejukkan.


Roti Jala

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan.



Ramadhan 4


ROTI JALA
Sumber: (My Resipi)

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum

  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam.





      KARI AYAM



Monday, 23 July 2012

Macaroni Cheese Baked


    Assalamualaikum.


  Ramadhan 2.

 Macaroni Cheese Bakar.

Bahan Bahan.

1 paket pasta  ikut suka bentuk apa ( saya guna Albow shapes )
Cheese
Daging /isi ayam dan hotdog
1 tin Mushromm soup
1 botol Pasta souse
Origano dan basil
5 ulas bawang putih
sedikit butter.


Cara :

1.Rebuskan pasta hingga lembut .
2.Panaskan kuali masukan sedikit butter dan masukan bawang putih yng telah dicicang halus.
3.Masukan dading cincang/isi ayam dan hirisan hotdog
4.Masukan pasta sos dan mushrom soup
5.Tambahkan segelas air  biarkan mendidih dan masukan garam secukup rasa.
6.Masukan pasta kacau sebati dan masukan  origano dan basil.
7.Angkat masukan dalm loyang dan parutkan cheese keatasnya.





Saturday, 21 July 2012

APAM POLKADOT

   Assalamualaikum...


   

Ramadhan 1.

APAM POLKADOT

2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry
pewarna yg disukai.

Cara.
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai
6. Masukkan separuh aduanan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh..dengan menggunakan piping bag titikan diatasnya.
7.Kukus selama 10-15 minit.

Tuesday, 27 March 2012

Kek Karamel



Kek Karamel
(Sumber: masam manis blog)
Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.