Saturday, 29 September 2012

KEK LAPIS ASAM





KEK LAPIS

Bahan Bahanya

3 biji telur
3/4 cawan gula
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu 
pewarna yg disukai.
jem strawberry
asam hawfleks

Cara.

1.satukan telur, gula dan ovellete kemudian pukul sampai putih dan gebu.
2.Masukan minyak dan vanila pukul sedikit.
3.masukkan tepung dan kaup tebalikan.
4.Bahagikan kepada beberapa mangkut dan masukan pewarna yang disukai.
5.sapukan sedikit butter pada loyang dan masukan adunan dengan kadar yng sedikit dan ratakan kemudian bakar dengan kaedah grill api atas sahaja sampai keperangan.
6.angkat dan sapukan dengan sedikit jem dan asam hawfleks kemudian masukan pula adunan colour yng lain pula..ulangi proses yang sama sampai habis.


 




Wednesday, 12 September 2012

CHEESE TART







CHEESE TART




CHEESE TART

Sumber (masam manis Blog)

Sweet Pastry
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula 25 g mentega

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
25 g whipping kream ( ros gantikan dengan susu pekat manis)

Bahan D
20 g tepung gandum
Blueberry filling

Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit. ( ros buat tak sampai pun 10 minit, kiranya dalam 6 ke 8 minit je.

Nota :-
* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.